Monday, September 24, 2007

OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

Kursus Hubungan Etnik (SHE 101) adalah mengenai hubungan etnik antara pelbagai kaum di Malaysia . Dalam projek ini “ruang” merupakan tajuk yang akan dikaji. Secara umumnya ,ruang didefinisikan sebagai satu tempat yang lapang . Secara khususnya bagi projek ini, ruang didefinisikan sebagai satu tempat di mana tempat tersebut telah direka bentuk untuk tujuan tertentu dan dapat digunakan oleh pelbagai kaum.

Projek SHE 101 berobjektif mengkaji kesesuaian sesuatu ruang untuk kegunaan pelbagai pelbagai kaum seperti Melayu, India dan Cina dan bagaimana setiap kaum menggunakan ruang tersebut.Kajian ini dijalankan agar setiap kaum dapat menggunakan ruang yang ada kerana bukan setiap ruang dapat digunakn oleh semua kaum-kaum.

Projek ini secara tidak lansung dapat merapatkan hubungan antara sesama insan di antara bangsa-bangsa Malaysia kerana melalui projek ini kita dapat mempelajari pengetahuan mengenai hak asasi kaum lain. Kita juga dapat mengenali pantang larang dan adat resam kaum lain semasa membuat kajian di sesuatu ruang.

Projek SHE 101 dapat mewujudkan kehidupan yang harmoni di antara pelbagai kaum kerana kita dapat mempelajari sikap saling menghormati dan bertolak ansur antara kaum.
Selain itu , penilaian yang dibuat melalui projek ini membolehkan kita mengenali sesuatu ruang sama ada sesuai digunakan oleh muslim atau bukan muslim. Melalui kajian jumlah bilangan pengguna sesuatu ruang oleh pelbagai kaum , kita dapat mengenal pasti kaum mana yang menggunakan sesuatu ruang itu dengan kerap dan di sebaliknya. Malah kita dapat mengenal pastikan juga aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh setiap kaum.

Dengan maklumat yang kita perolehi , kita dapat membaik pulihkan sesuatu ruang agar ruang tersebut dapat digunakan oleh pelbagai kaum dan dapat mewujudkan satu hubungan etnik yang baik dalam sesuatu ruang.

Pendek kata , melalui projek SHE 101 ini, hubungan etnik di Malaysia dapat dieratkan lagi . Hal ini disebabkan kita akan lebih mengenali kaum lain dari aspek seperti pantang larang , adat resam dan sebagainya.

No comments: