Tuesday, September 25, 2007

PENILAIAN & Rumusan Kesesuaian

PENILAIAN :

Jadual Penilaian:

Jadual Permarkahan:




Jadual ini dibina mengikuti keputusan yang diperolehi daripada kertas tanya soal yang diedarkan kepada pelanggan yang mengunjungi kedai Nasi Kandar Pelita.

Cadangan / Alternatif :

1. Dicadangkan mengambil pekerja yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bukan kaum India sahaja.Ini akan memberikan peluang kepada semua kaum untuk bekerjasama dan menjadi lebih bersatu-padu dan ini dapat mengeratkan hubungan etnik di negara kita.
2. Dicadangkan menyediakan tempat letak kereta yang percuma untuk menarik perhatian pelbagai kaum supaya lebih kerap mengunjungi kedai tersebut untuk makan.
3. Tandas dicadangkan dibersihkan lebih kerap supaya memberikan imej yang baik kepada sesiapa yang mengunjungi kedai tersebut.
4. Dicadangkan menyediakan chopstick untuk kegunaan kaum cina kerana kebanyakan golongan tua kaum cina hanya biasa makan dengan menggunakan chopstick sahaja.


Rumusan kesesuaian:

Penilaian kesesuaian ruang ini digunakan oleh semua kaum dapat dilihat dari 2 sudut,iaitu sudut positif dan negatif.Secara positif,ruang ini sesuai dan harmoni digunakan oleh semua kaum kerana makanan yang disediakan adalah halal walaupun lebih memenuhi cita rasa kaum melayu dan kaum India kerana kebanyakan makanan yang disediakan adalah makanan pedas.

Namun begitu,kelemahan tetap wujud dalam ruang ini iaitu kebersihan perlu dijaga dengan lebih baik.Daripada data yang kumpulan kami dapati,sesetengah pelanggan terasa harga dan kesesuaian lokasi adalah setakat tahap sederhana sahaja.Ini disebabkan semasa cuti umum atau hujung minggu,tempat letak kereta di depan kedai tersebut tidak mencukupi dan bayaran dikenakan.Pelanggan mengalami masalah mencari tempat untuk letak kereta mereka semasa mereka hendak makan di kedai tersebut pada hujung minggu.

Kesimpulannya ,ruang yang kumpulan kami buat kajian ini adalah satu ruang yang sesuai dan harmoni dikunjungi oleh semua kaum di Malaysia dan juga kaum lain.Kalau cadangan di atas dapat diaplikasikan ,kami percayai bahawa mesti lebih ramai orang daripada pelbagai kaum akan mengunjungi tempat tersebut dan secara tidak langsung ini akan membantu merapatkan hubungan etnik semasa mereka makan ,bincang atau sembang bersama.
Gambar ini menunjukkan golongan muda yang terdiri daripada kaum India dan kaum melayu makan bersama dan bersembang.Melalui aktiviti ini dapat merapatkan hubungan pelbagai kaum kerana melalui perbincangan atau persembangan,kita dapat mengetahui pantang larang sesama dan juga adat resam masing-masing.Kita akan menghormati di antara satu dengan lain.

Selain daripada kaum melayu,cina dan India,terdapat juga kaum lain seperti mat salleh mengunjungi kedai tersebut untuk makan.Ini membuktikan makanan yang disediakan sesuai dimakan oleh semua kaum.

Gambar ini menunjukkan golongan muda suka bersembang di situ selepas habis makan.


Gambar ini menunjukkan bukan semua kaum melayu makan menggunakan tangan,ada yang makan dengan tangan dan ada juga yang makan dengan sudu dan garpu .


Gambar ini menunjukkan kaum cina sentiasa dan suka makan bersama dengan keluarga.


Gambar ini menunjukkan kaum India jarang pergi makan bersama keluarga dan selalunya pergi seorang diri.

Perbincangan tentang hubungan etnik

Perbincangan Tentang Hubungan Etnik:

Kumpulan kami telah memilih dua hari bekerja iaitu Isnin dan Rabu dan dua hari hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad untuk membuat pemerhatian.Kami mencatatkan bilangan pelanggan yang datang ke kedai tersebut untuk makan mengikut kaum masing-masing.Jadual berikut menunjukkan bilangan pelanggan yang mengunjungi kedai mengikuti kaum selama 3 jam sehari seperti jadual di bawah.



Carta pai ini menunjukkan bilangan orang yang mengunjungi Nasi Kandar Pelita pada hari bekerja mengikuti kaum masing-masing.


Carta pai ini menunjukkan bilangan orang yang mengunjungi Nasi Kandar Pelita pada hujung minggu mengikuti kaum masing-masing.


Kebanyakan kaum Melayu yang mengunjungi ke kedai Nasi Kandar Pelita adalah bersama dengan keluarga untuk makan tengah hari atau makan malam.Selepas habis makan,mereka akan bayar bil dan meninggalkan kedai.Kebanyakkan golongan muda kaum Melayu pula mengunjungi kedai tersebut bersama kawan.Golongan ini akan duduk agak lama di tempat tersebut selepas habis makan.Mereka akan sambil minum dan bersembang selepas makan.Purata jam yang mereka duduk di sana untuk bersembang adalah selama 45 minit.Kebanyakan kaum Melayu masih makan dengan menggunakan tangan tetapi sesetengah orang melayu telah ubah cara makan dengan menggunakan garpu dan sudu.

Monday, September 24, 2007

Tempat letak kereta


Tempat letak motosikal


Lokasi kedai Nasi Kandar Pelita adalah amat strategik kerana banyak kawasan perumahan terletak di sekitarnya seperti Sri Saujana ,University Height ,Desa University dan lain-lain.Penduduk-penduduk di sekeliling kawasan ini akan mengunjungi kedai ini untuk menjamu selera pada waktu petang atau malam. Di depan kedai tersebut menyediakan tempat letak kereta dan tempat letak motor yang banyak.Ini memudahkan pelanggan untuk berhenti untuk makan di situ.





KEMUDAHAN

Tandas
Tempat cuci tangan Kerusi Budak Kecil

Bilik Sembahyang
Tempat Wuduk

Televisyen

Kemudahan Yang Disediakan Dalam Kedai:

Tandas merupakan kemudahan yang paling asas yang diperlukan dalam sesuatu bangunan atau kedai.Kedai tersebut menyediakan tandas yang mencukupi untuk kegunaan pelanggan dan pekerjanya. Selain daripada itu,kedai tersebut juga menyediakan sinki untuk pelanggan mencuci tangan sebelum atau selepas tangan.Kemudahan ini adalah sangat penting untuk kegunaan kaum melayu dan kaum India kerana kebanyakkan daripada mereka makan dengan menggunakan tangan.Pihak kedai juga menyediakan pencuci tangan supaya pelanggan dapat cuci tangan mereka dengan lebih bersih.

Bos kedai tersebut juga terfikir untuk kesenangan keluarga yang membawa budak kecil keluar untuk makan bersama .Kerusi bayi disediakan untuk mereka yang membawa budak kecil supaya budak kecil boleh duduk dengan selamat dan tidak lari ke sini-sana.

Beberapa televisyen disediakan di dalam kedai tersebut.Semasa pertandingan bola sepak atau sukan disiarkan secara siaran langsung,banyak pelanggan akan duduk bersama untuk tengok dan berbincang tentangnya tanpa mengira kaum.Ini dapat mengeratkan hubungan etnik pelbagai kaum di Malaysia.

Satu ruang yang wujud dalam kedai tersebut amat menarik perhatian kumpulan kami untuk membuat kajian tentangnya.Kedai tersebut menyediakan kemudahan bilik sembahyang dan tempat wuduk juga.Bagi muslim,solat harus didirikan apabila masuk waktu.Restoran ini tidak ketinggalan dengan menyediakan satu bilik untuk jadikan bilik sembahyang disertakan dengan kain telelang dan sejadah.Sesetengah pelanggan dan semua pekerja muslim di kedai tersebut akan menggunakan ruang tersebut semasa waktu solat.



Analisis Tapak

Reka Bentuk Bumbung

Susunan Kerusi Dan Meja


Bilik Hawa Dingin

Kipas

Analisis Tentang Tapak:

Semasa kumpulan kami membuat peninjauan di kedai Nasi Kandar Pelita , kami telah mengambil beberapa gambar untuk menunjukkan situasi di ruang tersebut. Restoran ini mempunyai reka bentuk atap yang tinggi. Reka bentuk ini amat sesuai diguna pakai oleh restoran kerana reka bentuk ini menggalakkan pengedaran udara, ini dapat mengelakkan tempat tersebut menjadi terlalu panas dan selesa duduk di tempat tersebut untuk menjamu selera. Reka bentuk ini juga membantu dalam segi penjimatan penggunaan tenaga yang selalu dititikberatkan dalam bidang pembinaan pada masa sekarang.

Pada pendapat kumpulan kami, ruang yang wujud dalam kedai Nasi Kandar Pelita agak selesa dan luas kerana susunan meja sangat kemas dan ruang diantara meja dengan meja cukup luas untuk pergerakan pekerja dan juga pelanggan. Ini dapat mengurangkan perlanggaran berlaku di dalam kedai kerana makanan yang dihidangkan oleh pekerja kebanyakan adalah makanan panas.

Selain daripada itu, bos kedai Nasi Kandar Pelita juga mengambil berat tentang keselesaan pelanggan semasa makan pada cuaca yang panas dengan menyediakan bilik hawa dingin. Ini amat penting di negara kita Malaysia kerana cuaca negara kita ada panas sepanjang tahun .Di samping itu, kedai tersebut juga menyediakan banyak kipas di ruang tersebut untuk menggalakkan pengedaran udara di ruang tersebut supaya pelanggan tidak terasa panas dan berpeluh semasa makan.

PETA KUNCI

PENANG
GEORGETOWN
SUNGAI DUA ( Nasi Kandar Pelita )


LOKASI KAJIAN


LOKASI KAJIAN


Kumpulan kami memilih satu lokasi kajian yang terletak setengah kilo meter jauh dari pintu Sungai Dua ,Universiti Sains Malaysia iaitu kedai Nasi Kandar Pelita seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
Kami memilih Nasi Kandar Pelita yang terletak di Sungai Dua untuk dijadikan lokasi kajian kerana kajian dapat dijalankan dengan lebih senang dan berkesan. Lokasi ini mempunyai pelbagai ruang yang digunakan selalu oleh pelbagi kaum seperti Melayu , India dan Cina dan juga kaum lain-lain.



OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

Kursus Hubungan Etnik (SHE 101) adalah mengenai hubungan etnik antara pelbagai kaum di Malaysia . Dalam projek ini “ruang” merupakan tajuk yang akan dikaji. Secara umumnya ,ruang didefinisikan sebagai satu tempat yang lapang . Secara khususnya bagi projek ini, ruang didefinisikan sebagai satu tempat di mana tempat tersebut telah direka bentuk untuk tujuan tertentu dan dapat digunakan oleh pelbagai kaum.

Projek SHE 101 berobjektif mengkaji kesesuaian sesuatu ruang untuk kegunaan pelbagai pelbagai kaum seperti Melayu, India dan Cina dan bagaimana setiap kaum menggunakan ruang tersebut.Kajian ini dijalankan agar setiap kaum dapat menggunakan ruang yang ada kerana bukan setiap ruang dapat digunakn oleh semua kaum-kaum.

Projek ini secara tidak lansung dapat merapatkan hubungan antara sesama insan di antara bangsa-bangsa Malaysia kerana melalui projek ini kita dapat mempelajari pengetahuan mengenai hak asasi kaum lain. Kita juga dapat mengenali pantang larang dan adat resam kaum lain semasa membuat kajian di sesuatu ruang.

Projek SHE 101 dapat mewujudkan kehidupan yang harmoni di antara pelbagai kaum kerana kita dapat mempelajari sikap saling menghormati dan bertolak ansur antara kaum.
Selain itu , penilaian yang dibuat melalui projek ini membolehkan kita mengenali sesuatu ruang sama ada sesuai digunakan oleh muslim atau bukan muslim. Melalui kajian jumlah bilangan pengguna sesuatu ruang oleh pelbagai kaum , kita dapat mengenal pasti kaum mana yang menggunakan sesuatu ruang itu dengan kerap dan di sebaliknya. Malah kita dapat mengenal pastikan juga aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh setiap kaum.

Dengan maklumat yang kita perolehi , kita dapat membaik pulihkan sesuatu ruang agar ruang tersebut dapat digunakan oleh pelbagai kaum dan dapat mewujudkan satu hubungan etnik yang baik dalam sesuatu ruang.

Pendek kata , melalui projek SHE 101 ini, hubungan etnik di Malaysia dapat dieratkan lagi . Hal ini disebabkan kita akan lebih mengenali kaum lain dari aspek seperti pantang larang , adat resam dan sebagainya.